Assalamualaikum semua,
First of all.. aku nak minta maaf kepada semua yang dok minta aku hapdet pasal aku tunang rituh. Lambat btol aku apdet. Tau je lah penyakit aku ni kan, MALAS. Aku taknak sebut sebenarnya..kang orang kata banyak kali sebut jadi doa pulak kan. Hehe.
Ha, skang aku update.
Alhamdulillah.. Pada 6 Jun 2009, aku telah selamat menjadi tunangan orang. Perasaan aku? Malu.... HAHA. Semacam aneh bunyinya. HAHA.
Majlis pada tengahari itu berlangsung dengan selamat dan jayanya. Nah, sedikit sebanyak muka aku untuk paparan kali ni. Tak reti la nak mengarang2 ayat. Habis sudah idea. Hehe.
Oh ha, ada yang bertanya mengenai barang hantaran aku. Ya..hantaran ini merangkumi hantaran semasa nikah juga. Aku tidak perlu lagi berhempas pulas bersengkang mata tak tido malam (gile poyo) untuk menyiapkan hantaran pada majlis nikah nanti. Sekian. Eh belom sekian. HAHA. Terima Kasih kepada MakNgah, Kakmi dan Ayong yang menaja sebahagian daripada hantaran. hii
Tema pertunangan adalah kaler peach, tapi boleh dikatakan bercampur aduk dengan kaler oren. Sebab agak susah a nak cari semua benda kaler peach kan. Baju tunang itu sebenarnya sangat simple. Baju kurung biasa yang ditambah dengan manik2 supaya nampak lebih berseri. Semua last minute. Itu la aku. Haiisyhh. Terima kasih kepada Take dan Kak Ida kerana meminjamkan selendang dan tudung (woi tak malu, tu pon nak bitau!) HAHA
Terima Kasih juga kepada Azrin kerana menjadi tukang make up aku pada hari bersejarah itu! Aku tak reti nak make-up2 ni sebenarnya. Serasa seperti membuat lukisan atau contengan di muka. Nasib baik Azrin Powerpuff Girl ada.. make-up pon tidak tebal. Bagus, itu aku suka. :P
Tengah-tengah make-up tu, rakan2 dan taulan pon datang. Sangat bising seperti pasar jadinya. Sangat menggembirakan. Maz, Am, Nad, Kemek, Azrin,Liza, Miera,Take dan Saz. Terima kasih bebanyak! Thnx jugak kat Take kerna bawak kek gula yang sangat cun itu :)
Dipendekkan cerita, selepas "perbincangan" antara dua pihak selesai..tengahari itu, aku pon telah disarungkan cincin oleh ibu beliau. atau aku perlu sebut..bakal ibu mertuaku. Hehe. Ngam! Aku semacam femes pada hari itu. Semua kamera berpusu-pusu ke arah aku. Hoho terasa sungguh diva :P
Bersama bakal-bakal kakanda.
ehem.
Tanya lagi sekali, perasaan aku? ...
Syukur Alhamdulillah :)
Tunggu bulan 12 nantik ye!
dan..
oya, I'm Not Single!
Hehe.
p/s: Tenkiu tak terhingga kepada Kemek kerna menjadi fotografer aku. Cantik-cantik sekali gambar-gambar itu. Aku sangat suke! Kudos.. Tere ah ko!






